Friday, December 17, 2010

Konvensyen Pakatan Rakyat ke-2 : Apa yang boleh diharapkan?


Dalam Konvensyen tahun lalu,kita dapat saksikan buat pertama kalinya satu gabungan atau Pakatan daripada gabungan parti-parti Pembangkang dalam satu Konvensyen bersama.Pakatan Rakyat ditubuhkan pada 1 April 2008 setelah Pakatan itu memenangi 5 daripada 13 negeri dan menyekat 2/3 kuasa majoriti Barisan Nasional di Parlimen.Ini telah banyak mengubah senario politik tanah air.

Kini,setelah 2 tahun Pakatan Rakyat ditubuhkan , banyak isu-isu yang menghantui Pakatan ini.Ternyata kebanyakan dari isu ini cuba dipermainkan oleh sesuatu pihak untuk menjatuhkan dan melemahkan Pakatan ini serta cuba memburukkan imej Pakatan ini khususnya di kalangan orang-orang Melayu. Antaranya,baru-baru ini isu Ketuanan Melayu dan raja-raja Melayu yang sering kali diulang dan dilihat bahawa Pakatan ini anti raja-raja Melayu,anti orang-orang Melayu bahkan dikatakan anti nasional. Walaubagaimanapun,Pakatan Rakyat pada tahun lalu dalam dasar bersama mereka telah pun berikrar akan mempertahankan hak keistimewaan bumiputera dan mempertahankan raja berpelembagaan yang ditanda tangani oleh Pimpinan Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat kini bukan lagi sebuah Pakatan yang dianggap rapuh dan bahtera yang bermimpi untuk ke Putrajaya kerana hari demi hari,pakatan ini sering diasak teruk habis-habisan oleh media arus perdana serta utusan Malaysia. Ini menggambarkan Desperado pihak tertentu untuk memecahbelahkan Pakatan dan juga untuk meragui kepercayaan rakyat terhadap Pakatan Rakyat.Tambahan lagi,usaha untuk menyekat suara rakyat sehinggakan menggantung tugas Ketua Pembangkan dan tiga ahli Parlimen Pakatan Rakyat selama 6 bulan ternyata menampakkan takutnya mereka itu terhadap kuasa rakyat.

Ternyata, Pakatan ini bukanlah merupakan ancaman kepada rakyat seperti yang dilaungkan oleh Perdana Menteri Najib Razak pada Konvensyen BN yang lepas malah Pakatan ini merupakan ancaman yang tersangat besar kepada Parti Pemerintah khususnya pada PRU 13 dan Pilihan Raya Negeri Sarawak yang akan diadakan tidak lama lagi. Kemunculan Kuasa ketiga,Parti-parti politik baru yang ditubuhkan serta wakil-wakil rakyat PR yang telah mengisytihar diri mereka telah kehilangan kepercayaan terhadap PR hanyalah merupakan sandiwara untuk melemahkan Pakatan ini.

Rakyat Malaysia meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada Pakatan Rakyat setelah BN gagal untuk memerintah secara adil dan bersih selepas setengah abad memerintah.Kini,masanya Pakatan Rakyat untuk membuktikan dan menunjukkan bahawa mereka mampu mengangkat martabat dan darjat rakyat serta memerintah lebih baik lagi daripada BN.Dengan berkat doa dan dukungan rakyat ,Pakatan Rakyat mampu untuk melangkah kehadapan untuk Rakyat Malaysia khususnya.

No comments:

Post a Comment